Ahad, 11 Oktober 2009

Lagu yang menaikkan semangat pelajar2

sambil2 membaca apa yang ada dalam blog ni,boleh juga nyanyi.Mmg bestlah lagu Faizal Tahir.Aura yang ada pada lagu ni dapat disampaikan kepada pelajar2 saya tentang mesej yang saya harapkan apabila menyanyikan lagu ini semangat yang dipaparkan sangat mengujakan bila mereka nyanyi.Harapan tinggi untuk melihat mereka sebagai anak2 yang gemilang satu hari nanti.

Apabila menjadi warden asrama


Warden Asrama?? tak pernah pun terfikir menjadi warden.ttpi itulah jawatan tambahan yang aku pegang.Apapun aku happy berada dekat dgn pljr2 Sg Sampo.tak smpi 2 bln sekolah dah nak habis.Rasa sedih dan pilu bila pelajar thn 6 akan tinggalkan sekolah dan aku????betapa syangnya aku pd mereka....spt adik-adikku.Itulah setiap pertemuan pasti ad perpisahan.....aku akan berpisah dari Laila,Fatin,Rohani dan Atikah serta yang lain2.Kudin,Azizi,Hashim,Lokman,Cengles dll.Oh...Inilah yg aku tak sanggup.Aku sggup tolak twrn 4 mggu di IPIK,KL.Bkn tak nak tmbh ilmu tp aku dah pergi dulu,Aku ingin habiskan masa2 yang ada dengan mereka ini.Hati ini sering kali sedih bila terkenangkan perpisahan dengan pelajar2 asrama thn 6 terutamanya.Sewaktu menjadi guru biasa sedih ini agak kurg krn masa hanya di sekolah.Tapi bila jadi warden asrama sedihnya bertambah2 kerana mereka inilah yg setiap hari kulihat.Ikutkan hati x balik pljr ke rumah pun bgs.Sentiasa ada kat asrama taklah sunyi sangat.Aku ajar mereka berkebun,sukan dan belajar.Masa yang ada di asrama tidak pernah cukup.Kadang2 klu kami sibuk siang slps isyak sambung berkebun.Itulah masakami.Sebelum memulakan waktu prep.Itulah kelebihan di asrama Sg Sampo.

KESABARAN


Inilah yg aku nak kongsi kpd para pembaca......seperti tajuk diatas,itulah yg paling penting apabila jd guru@cikgu.KLu rs tak sbr ssh utk mengajar.Apatah lg dgn anak-anak Org Asli ni.Mood & angin dlm belajar mahupun latihan sukan sentiasa berubah mcm air laut.Ada psg dan surutnya....kdg2 hilg sbr aku habis 1 sekolah aku mrh.Bkn pd cikgu tp pd anak-anak didikku.Kita tak boleh guna rotan zmn sekrg.psiko yg kena lebih.Kenapa aku cakap mcm 2?klu tak gn pdktn mcm 2 lg degillah bdk2 2.Aku mgkin garang tapi dlm grg ada lembutnya :-)klu tak mcm mn nak hadapi karenah mrk.Apa yg penting jgn kedekut,x de joke dan terlalu serius:-(.itulah aku dalam marah dan rotan ttp ada sygnya.Mereka ini ingin dibelai , disayangi dan prihatinnya kita.Bdk2 ini klu kita dtg rmh lari.Lari bkn tkt tp malu.cuma nmpk mata je tapi kita dpt lihat kegembiraan di mata mrk melihat cikgu dtg rmh.Aku bknlah seorang yg sempurna.TTpi aku inginkan kejayaan demi kejayaan dalam diri anak-anak didikku.Itulah kepuasan dan erti yang sangat bermakna.Mereka dapat membaca,menulis,mengira dan jadi juara cemerlang.Itulah harapan aku saat bahagia bergelar cikgu.

Kejayaan-kejayaan anak didikku...


Tahun ini adalah tahun cemerlang bagi aku.Mcm tak cayalah pulak :-) pelajar2 yg aku latih telah menjadi juara seantero Malaysia.Bermula dengan kejohanan daerah pemain2 bola jaring aku berjaya jd juara daerah JEMPOL BARAT!!!4 pemainku terpilih pkt negeri.Aku jadi jurulatih utama cam x caya dibantu oleh kak Zubaidah SK serting 3.Jgn x caya jd JOHAN PKT NEGERI.Lps 2 org lain ambil alih memandangkan tuan rmh Rembau.Jurulatih Rembau yg latih utk Kebangsaan di Melaka.Setakat suku akhir.Kira oklah...Laila dr SKSS juga jadi kapten N9.Yg sempat aku ambik gambar johan daerah.yg kat Seremban tak sempat nak ambik....kamera lupa nak bw...first time juara pkt ngri.

Kejayaan pelajar sg sampo


Disini dapatlah kita berkongsi kejayaan gemilang SK Sg sampo yang berjaya merangkul kejayaan besar dalam sukan ASAT untuk sekolah yang berasrama.Bangga dan gembira hati ini apabila senyuman mereka penuh dengan kepuasan yang tidak dapat digambarkan.Apatah lagi dikalangan anak-anak Orang Asli.Gurunya juga Asli dapat pulak kwn ustazah yg brutal.Dr tak minat sukan jd minat.Itulah bila berkawan dengan orang yang minat sukan.

Selasa, 26 Mei 2009

Suatu keindahan mengajar masyarakat orang asli Sungai Sampo

Kepada yang memandang rendah masyarakat Orang Asli sebenarnya anda silap...siapa kata masyarakat ini susah nak maju??cuba dulu ...apabila kejayaan demi kejayaan bersama mereka kita kecapi satu kepuasan dan kegembiraan.Jangan sangka kerana aku anak Orang Asli aku berkata begitu?kita semua sama aje yang penting nawaitu kita apabila bergelar pendidik,aku bangga dan menangis terlampau gembira..anak-anak ini akan memeluk dan mencium kita bila capai kejayaan..tak percaya???kita boleh kongsi bersama kepada cikgu-cikgu yang mengajar di sekolah Orang Asli jangan lemah semangat!!!!mereka mengharapkan kita membantu mereka,percayalah kesungguhan kita akan dibalas dengan kejayaan...:-)